Puan Fadzilah Sulaiman memulakan bisnes tudung pada tahun 2008, iaitu selepas kehadiran puteri yang pertama. Oleh kerana beliau gagal dalam temuduga kerjaya pilihan, beliau memilih untuk menjalankan bisnes sendiri walau beliau cuma memiliki wang simpanan sebanyak RM 1500 hasil bekerja sebagai pembantu penyelidik sambilan di Institut Sains Biologi, Universiti Malaya.
Beliau tekad meneruskan bisnes apabila menolak tawaran sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta kerana sudah tekad untuk bekerja sendiri dan menikmati saat-saat indah membesarkan dan mendidik anak sendiri di depan mata.
Penulis memilih bisnes tudung bukanlah kerana minat atau mempunyai ilmu khusus dalam bidang jahitan mahupun jualan namun sebab satu-satunya pemborong yang percaya kepada kebolehan dan integriti penulis ialah seorang pemborong dan pembekal pelbagai jenis tudung.
Pembekal tudung tersebut memberikan stok tudung bernilai RM 10 ribu tanpa cagaran. Bukan hanya sekadar membekalkan tudung, pembekal tudung tersebut juga menyenarai pendek jenis tudung yang mempunyai permintaan tinggi serta harga jualan yang perlu ditetapkan.
Alhamdulillah, dengan izin Allah penulis mampu menjalankan perniagaan tudung di kiosk pasaraya Giant Mall Kelana Jaya Selangor dan mampu selesaikan bayaran stok tudung kepada pembekal dengan jayanya dalam tempoh tiga bulan pertama berniaga.
Penulis juga pernah membuka kedai tudung di Kompleks Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan. Selain daripada itu, penulis pernah memiliki kiosk jualan di TESCO Ampang, Selangor dan Jalan TAR, Kuala Lumpur.
Akibat trend bisnes yang telah berubah dan masalah kewangan bisnes yang tidak stabil, Puan Fadzilah memilih untuk menghentikan bisnes tudung berkedai dan mula menjalankan bisnes tudung dari rumah sepenuh masa bermula pada tahun 2015.
Setelah banyak kali mencuba dengan pelbagai jenis tudung untuk pasaran secara maya, akhirnya penulis memilih untuk fokus kepada jualan tudung sekolah dan tudung seragam yang lain seperti tudung jururawat, tudung polis, tudung tadika dan seumpamanya.
Kini puan Fadzilah merupakan pembekal dan pemborong serta peruncit tudung sekolah dan tudung seragam.

No comments:
Post a Comment